• image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
Previous Next
you have javascript disabled
 

Sumbangan atas-talian

maybankLogo

 

Hubungi Kami

  Sebarang pertanyaan,

  sila hubungi

  Email:

    info@aljenderami.com.my

  Tel: +603-87680200

  Fax: +603-87680201

  Hubungi Kakitangan

Video Terkini

You must have Flash Player installed in order to see this player.

Login Form



Statistik Pegunjung Laman Al-Jenderami
mod_vvisit_counterPengunjung Hari Ini136
mod_vvisit_counterSemalam478
mod_vvisit_counterMinggu Ini1865
mod_vvisit_counterMinggu Lepas2819
mod_vvisit_counterKeseluruhan164105
We have: 5 guests, 1 bots online
IP anda: 38.107.179.221
Today: 28 Jan, 2012


Utama
Melangkah ke Era baru Dakwah Al-Jenderami 1433 Hijrah
Written by Hj Azman Yusof   
Al-Jenderami 1433H

Melangkah ke Era baru Dakwah Al-Jenderami 1433 Hijrah


1 Muharram 1433 Hijrah (Maghrib 26 nov 2011 Masehi)

Bertepatan dengan kehadiran Awal Muharram 1433 Hijrah, Al-Jenderami telah mengorak langkah untuk menyusun kembali strategi usaha dakwahnya.

Seperti kata-kata pembukaan Al-Fadhil Sheikh Haji Muhd Hafidz b. Hj Selamat iaitu Mudir Madrasah Al-Jenderami yang juga pengasas serta penasihat Yayasan Al-Jenderami. Mengimbau kembali kira-kira 25 tahun penubuhan Madrasah Islamiyah Jenderam Hilir (MIJH) yang merupakan ‘roh’ perjuangan Al-Jenderami berteraskan ‘Al-Ilmu wal Ulama’ manakala Yayasan Al-Jenderami pula merupakan ‘pancaindera’ serta ‘kaki dan tangan’  yang mengerakkan dan mengembang usaha-usaha dakwah.

MIJH dibina di atas perjalanan Ilmu yang berdasarkan Kitab-kitab thuras atau ‘Kitab Kuning’ seperti Jauharatul Tauhid (Ilmu Tauhid), Math’ul Badrain (Fekah) dan  Minhajul Abidin (Tasawuf) serta kitab-kitab yang lain. Ilmu dituntut secara berguru dan bersalasilah dari Guru-guru ‘Tua’ yang penuh keberkatan seperti Tuan Guru Haji Mat Zin bin Tuan Tama, Tuan Guru Haji Hasyim bin Tuan Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Bunyamin, Tuan Guru Haji Nordin Jenderam serta guru-guru Al-Jenderami yang lainnya;  yang bukan hanya mengajar ilmu tetapi mengamalkannya secara Istiqomah (berterusan dan konsisten), apabila kita  memerhati contoh tingkah laku mereka  sahaja, kita sudah boleh mendapat ilmu dan pengajaran, mereka adalah guru masyarakat yang meratai segenap lapisan masyarakat. Penuh dengan tawaduk dan berhikmah dalam pergaulan.

Kita juga dirahmati dengan tilikan dan tarbiyah dari para Habaib (iaitu Alim-Ulama keturunan Sayidina Rasulullah s.a.w) seperti Al-Marhum Al-Habib Muhsin b. Umar Al-Attas, Al-Marhum Al-Habib Anis b. Alwi Al-Habsyi yang istiqomah dengan mendirikan Majlis MauliduRasul s.a.w..akhlak beliau sangat tinggi. Begitu juga dengan Al-Habib Abu Bakar b. Hasan Al-Attas yang mengijazahkan amalan Ratib Al-Attas & Al-Haddad, Al-Habib Hasan b. Muhammad b. Salim Al-Attas (Imam Besar Masjid Ba’Alawi) yang menjadi ‘penyuluh’ kegiatan dakwah Al-Jenderami.

Pengerusi Yayasan Al-Jenderami iaitu Datuk Haji Alias b. Ali dalam menerangkan hala-tuju Yayasan Al-Jenderami menerangkan Fasa Pertama usaha dakwah Al-Jenderami bertunjang kepimpinan Al-Fadhil Sheikh Haji Muhd Hafidz melalui pengajian berkitab, penubuhan pondok lelaki dan madrasah lil banat, aktiviti kebajikan seperti menubuh serta menguruskan kompleks warga emas dan anak yatim, membantu para dhuafa’ (iaitu orang yang memerlukan pertolongan nisbah ilmu dan harta serta keperluan seharian) bantuan untuk madrasah serta pondok dari dalam dan luar negara seperti negeri-negeri selatan Thailand iaitu Narathiwat, Fathani, Yala dan di Indonesia seperti Brongkal, Acheh dan lain-lainnya. Pembinaan madrasah di Kampuchea seperti di Kampung Champ, Cheroi Chong Hua dan tempat-tempat lain .

Kembara Ziarah Sufi : mulai tahun 1990an menziarahi para Ulama, Habaib  dan tempat-tempat bersejarah di sekitar Fathani, Singapura, di Tanah Jawa seperti kompleks  Wali Songo, Sumatera, Kalimantan Selatan: menziarahi Kiyai Haji Ahmad Zaini Abdul Ghani yang istiqomah menganjurkan Majlis Maulid Nabi s.a.w .

Sekitar tahun 1999-2000 ke timur tengah seperti negara Mesir, Syria, Jordan, Baitul Maqdis dan Iraq iaitu Kota Baghdad yang di sana terletaknya Kompleks Sultanul Aulia’ As-Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani yang hasil dari ziarah ini telah mencetus dan memberi ilham kepada Al-Fadhil Sheikh Haji Muhd Hafidz untuk membesarkan bangunan madrasah dan  kompleks Al-Jenderami berdasarkan model kompleks Waliyullah tersebut.

Dalam melangkah Fasa ke 2 Dakwah Al-Jenderami : Maka Model Kompleks Al-Jenderami ini sedang dan  akan dikembangkan ke  lain-lain negeri seperti di Sungai Ling, Maran-Pahang, Kuala Pilah-Negeri Sembilan, Pontian-Johor, Melaka dan beberapa tempat lagi.

Sudah tentu ‘usaha besar’ ini memerlukan ramai tenaga kerja sukarelawan, pencinta agama...

Majlis pada malam itu melabuhkan tirainya dengan ucapan penuh semangat oleh ‘Sesepuh Al-Jenderami’, yang tidak lain dan tidak bukan iaitu Tuan Haji Abu Bakar b. Abdul Aziz yang merupakan antara ‘murid’ Al-Fadhil Sheikh yang sangat luas pengalamannya, tinggi ketaatannya, kehadapan dan istiqomah beramal membuat usaha-usaha kebajikan dan sentiasa menjadi contoh bagi golongan muda. Tuan Haji Abu Bakar melahirkan kebimbangan apabila di zaman kini begitu banyak kehidupan kita ‘dicuri’ oleh hiburan, kelalaian, ‘dunia yang menghanyutkan’ serta ancaman dalam diam dan terang ke atas ‘Ahli Sunnah wal Jamaah’ di Tanah Air Melayu ini...

Jangan kita lupa pesanan Almarhum Al-Habib Naqib b. Toha Al-Sagaf yang Al-Jenderami mesti mengekalkan peranan utama sebagai “Benteng Ahli Sunnah wal Jamaah”.

Dengan Keberkatan memasuki tahun 1433 Hijrah ini, kita harus mempertajamkan kesungguhan, ‘menyingsing lengan’ turut serta turun padang secara berterusan dan konsisten...kerana setiap dari kita telah dikurniakan dengan segala macam nikmat dari segi pemikiran, tenaga, harta, dana, kemahiran  yang mungkin selama  ini hanya digunakan semata-mata untuk menimba ‘Dunia yang Fana’ yang belum tentu menjamin keselamatan kita di akhirat sana...

Semestinya kelebihan ini harus kita gembelingkan bersama untuk kepentingan Umat, supaya kita kembali nanti menghadap kehadrat Allah swt dengan ‘Qalbin Salim’ iaitu ‘Hati yang Sejahtera’.....di negeri yang Kekal dan Abadi.

Zaman menjadi ‘peminat dan pemerhati setia sahaja ’ sudah berakhir, ayuh... teruskan azam, tekad dan usaha semata-mata demi untuk Allah swt dan kekasihnya Sayidina Rasulillah s.a.w...Wallahulam

Makluman kepada ahli pengajian Al-Jenderami sama ada Muslimin atau Muslimat:

Untuk turut serta khidmat agama sila hubungi pejabat Yayasan Al-Jenderami di talian 03-8768 0200.

Last Updated on Wednesday, 07 December 2011 07:41
 
Maal Hijrah
Written by Administrator   
 
Festival Korban
Written by Administrator   
Last Updated on Thursday, 27 October 2011 09:13
 
Pengajian pertama di Al-Mukammil, Sg.Ling, Maran, Pahang
Written by Hj Azman Yusof   

Al-Mukammil Pengajian Pertama 09 okt 2011 Ahad

 

Panduan Lokasi

Pusat Komuniti Al-Mukammil

Sg. Ling, Maran, Pahang Darul Makmur

 

  GPS Coordinate : E 102° 39' 6.5"  , N 3° 33' 2.3"


    ♦ Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

      >>> Keluar Tol Kg. Awah/Chenor

  > Selepas Tol belok kiri, teruskan perjalanan sejauh 6.5km

  > Hingga simpang tiga (Maran-Temerloh)

  > Belok kiri,teruskan perjalanan sejauh 17.3km

  > Selepas Kg. Paya Pasir, bertemu simpang ke Sg.Ling

  > Belok kiri,teruskan perjalanan sejauh 1km

  > Hingga bertemu Masjid Sg. Ling Dalam

  > Jalan masuk ke Madrasah berada di hadapan Masjid Sg. Ling Dalam

 

 

Last Updated on Thursday, 06 October 2011 09:36
 
Kembara di Bumi Egypt (Mesir) & Turki: Hari ke 6
Written by Shahirul Azmar B Ishak   

Catatan Kembara Ilmu & Ziarah Negara Egypt (Mesir) - Bumi Anbia wal Aulia Allah & Negara Turki (Bekas Empayar Pemerintahan Turki Uthmaniyyah)


Mukaddimah :

Artikel kembara ilmu & ziarah Mesir ini adalah catatan perjalanan dan aktiviti yang kini sedang ditempuhi oleh Al-Fadhil Tuan Guru Haji Muhammad Hafidz b Selamat dengan diiringi oleh 2 orang muridnya, Haji Shahirul Azmar b Ishak & Haji Wan Mohamed Malini b Wan Ahmad. Kembara ini bermula dari 2 September hingga 26 September 2011.


08/09/2011 – Hari Keenam


8.00am – Muzakarah ilmu bersama Al-Fadhil Tuan Guru. Menekankan tentang misi kembara ilmu & ziarah pada kali ini serta tindakan-tindakan susulan yang perlu diambil.


2.00pm – Menguruskan ehwal persendirian dan persiapan kembara ziarah pada hari-hari seterusnya.


6.30pm – Menghadiri jemputan Majlis Maulid di rumah Tn. Hj. Mazlan. Majlis ini dihadiri oleh ramai rakyat & pelajar Malasyia yang tinggal berdekatan termasuk juga jemputan khas 2 orang pegawai pelajar bagi Negeri Johor. Majlis pembacaan Maulid Azzab in dipimpin oleh Al-Fadhil Tuan Guru Hj Muhammad Hafidz Selamat. Alhamdulillah majlis berlangsung dalam suasana ‘surur’ dan penuh barokah. Diakhir majlis, dihiburkan pula dengan alunan qasidah & madaih yang dipimpin oleh Ustaz Abdan yang berasal dari Kedah. Selesai majlis, tuan rumah, Tuan Haji Mazlan, telah menghidangkan briyani gam Johor berlaukkan kambing sebagai hidangan utama.


9.30pm – Selesai majlis, kami dijemput pula oleh Ustaz M Nasuha ke rumahnya untuk berziarah. Sekali lagi kami dijamu dengan makan malam yang terpaksa diraikan demi mengambil hati tuan rumah. Jazakalllahu kheir.


11.00pm – Sampai di bilik penginapan.

Last Updated on Tuesday, 20 September 2011 05:37
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 13